Shadowing adalah satu kaedah atau teknik inovasi yang digunakan bagi mendapatkan data di dalam kajian kualitatif. Melalui kaedah ini pengkaji akan mencatat hampir kesemua aktiviti yang dijalankan oleh responden dengan terperinci seperti masa, percakapan atau perbualan, bahasa badan dan mood responden. Pada akhir proses ‘shadowing’ pengkaji mempunyai satu set data yang sangat banyak dan terperinci. Data ini akan diproses seperti data kualitatif yang lain. Menjalankan ‘shadowing’ adalah proses yang kompleks jadi perancangan yang teliti perlulah dibuat. Diantara langkah-langkah menjalankan ‘shadowing’ ialah :
1.
Persediaan.
Menyediakan senarai aktiviti yang spesifik dan lengkap serta mengenalpasti responden yang sesuai untuk proses shadowing bagi kajian yang akan dijalankan.
2. Pemerhatian dalam konteks sebenar.
Pemerhatian dijalankan bagi mendapatkan data. Cara mendapatkan data termasuk mencatat dan merakam aktiviti responden. Bagi mendapatkan data yang lebih tepat sebai-baiknya mencatat dan merakam aktiviti responden. Selain itu pengkaji juga perlu berinteraksi dengan responden.
3.
Mentafsir Pengalaman.
Pada peringkat ini pengkaji memulakan aktiviti menganalisis data. Setiap aktiviti yang telah dicatat dan dirakam ditafsirkan oleh pengkaji.
1.
Menganalisis Data.
Pada peringkat ini data dianalisis bagi mengenalpasti isu yang berlaku secara sedar atau tanpa sedar semasa proses shadowing. Isu merujuk kepada elemen yang member impak ‘secara positif atau negative dan kualiti pengalaman. Contohnya isu‘ stres’ mungkin ditunjukkan didalam rakaman video.
2. Mengenalpasti Keperluan.
Pada peringkat ini isu akan diterjemahkan untuk dikategorikan seperti contoh stress, diterjemahkan keperluannya adalah ‘bertenang’.
Subscribe to:
Posts (Atom)