BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Mendapatkan Kebenaran.

Bagi mendapatkan kebenaran responden pengkaji perlu mengambil kira proses sebelum dan semasa mendapatkan kebenaran responden. Sebelum mendapatkan kebenaran responden pengkaji perlulah :

1. Mengenalpasti responden yang sesuai .
2. Mendapatkan maklumat latar belakang responden
3. Menyediakan borang kebenaran untuk diisi oleh responden.
4. Menyediakan soalan temubual.
Jika responden terdiri daripada kakitangan atau pelajar pengkaji perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pelajaran, IPTA dan IPTS. Setiap institusi mempunyai prosedur yang berbeza.
Untuk menjayakan kajian yang melibatkan Kementerian Pelajaran pengkaji akan mengikut prosedur-prosedur seperti berikut:

i. Mendapatkan kebenaran untuk menjalankan kajian daripada pihak Bahagian Perancangandan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia.
ii. Mendapatkan kebenaran daripada pihak Jabatan Pelajaran Negeri untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah, pejabat pelajaran daerah yang terlibat.
iii. Berjumpa sendiri dengan pengetua atau guru besar sekolah yang terlibat untuk mendapatkan kebenaran menjalankan kajian di sekolah berkenaan.
iv. Memberikan taklimat ringkas kepada responden yang terlibat supaya mereka jelas tentang tujuan kajian dijalankan.

Setelah menjalankan prosedur di atas pengkaji semasa menjalankan taklimat dan penerangan pengkaji perlu :

1. Menjelaskan maklumat mengenai pengkaji.
2. Menjelaskan tujuan kajian dijalankan.
3. Memberikan jaminan perlindungan.
4. Menjelaskan secara umum soalan temubual.
5. Merancang dan memaklumkan masa dan tempat pertemuan.
Sesetengah responden lebih selesa jika pengkaji menemubual mereka di pejabat atau tempat kerja berbanding selepas waktu bekerja kerana ini mengganggu urusan peribadi responden. Sesetengah responden yang lain pula mungkin selesa ditemubual selepas waktu pejabat atau waktu bekerja.
6. Memaklumkan kepada responden cara pengkaji akan mendapatkan data dari responden samada melalui panggilan telefon, menghantar emel atau menemubual.
7. Memaklumkan kepada responden anggaran masa yang akan diambil bagi menjalankan temubual.
8. Mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada responden.
9. Mendapatkan kepastian daripada responden samada beliau mempunyai sebarang persoalan.